Mukadimah
Halaman Web Kumpulan Kendiri II ini dibangunkan sebagai media perantara dikalangan para sahabat yang menyertai Latihan Pembangunan Kendiri kumpulan ke dua anjuran Unit Perancang Ekonomi , Jabataan Perdana Menteri yang telah diadakan di Hotel Tiara, Langkawi pada 19 hingga 22 November 2000.
Semuga dengan adanya Halaman Web Kendiri II ini akan dapat terus mengeratkan lagi perhubungan dikalangan para sahabat semua disamping menjadi wadah penyiar akan segala aktiviti kumpulan ini sehinggalah kepada apajua berita para sahabat yang ingin dikongsikan sesama sahabat lain. Diharap apa yang akan kita lakukan nanti tidak akan dihuruharakan dengan agenda-agenda yang berunsur negatif . Sememangnya hidup bermasyarakat atau berkumpulan ini mempunyai banyak kerenahnya tetapi dengan sentiasa berfikiran terbuka, Insyaalah ini semua akan dapat diatasi.
Diharap niat murni ini akan mendapat tindak balas yang positif dari para sahabat sekalian. Kerja sama dan pandangan tidak kira dari sudut mana sekalipun amatlah dialu-alukan agar lebih mempowerkan lagi Halaman Web Kendiri II ini. Terima Kasih
Web Master Kendiri II
>