Perutusan Dari
Penghulu Besar Kendiri II

Assaalamualaaikum w.b.t, salam sejahtera kepada semua para sahabat Kendiri II.  Bersyukur saya kehadirat Allah Taala  kerana telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai kumpulan Kendiri II ini dan sebagai membalas kepercayaan para sahabat semua, saya berjanji untuk memberikan perkhidmatan  sesempurna mungkin  dan mencuba yang terbaik untuk terus mengerak dan mengekalkan kumpulan kita ini.  Saya berharap para sahabat semua akan turut serta membantu saya dalam merialitikan apa jua yang kita harapkan  dan sebarang teguran dan pandangan para sahabat amatlah saya nanti-nantikan.

Saya masih lagi mengingati akan pesanan Pak Ya ketika upacara penyampaian sijil tempoh hari, antara lain Pak Ya berharap agar saya dapat terus  menggerakkan kumpulan ini sejauh mana yang termampu.  Para sahabat semua tentunya masih boleh mengulangi kembali cerita Pak Ya dimana bekas anak murid beliau  masih terus berkumpul dan bertemu walau  telah bertahun lamanya, malahan ada diantara mereka yang telah berbesan sesama mereka. Walau kelihatan payah, bagi saya, tiada  yang mustahil bagi hati yang berkemahuan.

Tentunya ini dilihat seakan seperti satu fantasi sahaja tetapi bagi saya dengan terus-terusan berfikiran positif dan berkat semangat kemuafakatan yang sentiada dipupuk tidak akan menjadikan ianya sesuatu yang mustahil.   Membudayakan ‘Positif Thinking’ mampu membawa kita pergi lebih jauh dari apa yang kita jangkakan.  Komitmen dan sokongan  para sahabat dalam melahirkan pandangan yang bernas & membina adalah satu eset berharga yang mampu dijadikan asas kepada kesinambungan juga halatuju kumpulan Kendiri II ini. Semuga tiada istilah ‘raja kumbang’ dalam diri kita semua yang akan membantutkan apajua sasaran kita semua. Apapun yang buruk dari kita & yang baik itu dari Allah Taala jua.

Akhir kata  ......... * keikhlasan doa keagungan kasih merubah takdir.Insyaalah.

Sekian, terima kasih.

Penghulu Besar
 
 

*Lirik lagu “Bila Diri Di Sayangi”

 

  >